YAN: Bekas kapten pasukan bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun dalam pilihan raya negeri (PRN) semalam mengakui kerjaya sebagai wakil rakyat berdepan tanggungjawab lebih besar. Baddrol yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan berkata, antara perbezaan ketara adalah beliau perlu akur kepada arahan atau pandangan pucuk pimpinan parti berbanding tugasnya sebagai ketua di padang bola bagi mengawal pemain sepanjang 90 minit perlawanan. “Saya akui…










