KEPALA BATAS: “Semasa serangan Jepun, orang kampung lari lintang-pukang seperti orang gila dalam sebuah parit semata-mata hendak menyelamatkan diri sehinggakan penduduk menggelarkan parit tersebut sebagai ‘parit gila’. “Daripada penceritaan orang lama-lama, suasana ketika itu amat kelam-kabut dengan serangan peluru yang bertubi-tubi dari tentera Jepun ke atas penduduk kampung.” Demikian perkongsian Md. Khalil Salleh, 55, mengenai lokasi ‘parit gila’ tinggalan sejarah yang masih tersisa di Kampung Guar Kepah di sini, yang…










