JOHOR BAHRU: Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Suhaizan Kaiat bersedia menggalas tanggungjawab sebagai calon Pakatan Harapan (PH), sekali gus meneruskan perjuangan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada penduduk Parlimen Pulai. Beliau yang juga Ketua Amanah Pulai turut berbesar hati dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 9 September ini dan akan menggunakan pengalamannya bertanding di beberapa kawasan sejak 2004 untuk menjadikannya lebih bersedia memikul amanah dan kepercayaan…










