KUALA LUMPUR: Dasar subsidi bahan api yang kini dinikmati rakyat tidak akan berdepan sebarang perubahan mendadak, meskipun Malaysia turut dihimpit tekanan ekonomi akibat ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat. Kerajaan memberi jaminan keputusan berkaitan subsidi tidak akan dibuat secara terburu-buru tanpa penelitian data yang menyeluruh. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan menyedari perang antara Amerika Syarikat (AS) dan Israel dengan Iran berpotensi berlarutan hingga satu atau dua tahun…










