Suami isteri ditahan bersama ganja RM160,000

Suami isteri ditahan bersama ganja RM160,000

ZAIDY Che Hassan (tengah) menunjukkan ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja yang dirampas daripada pasangan suami isteri pada sidang akhbar di IPD Kuala Muda di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kegiatan sepasang suami isteri dipercayai menjadi ‘transporter’ untuk mengedar dadah jenis ganja bernilai RM160,000 sejak Aprill lalu terbongkar selepas ditahan polis di rumah mereka di Bandar Seri Astana, di sini kelmarin.

Pasangan berusia 32 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam semasa sedang berehat di rumah mereka selepas pulang daripada mengambil bekalan dadah di sempadan melalui negeri Kelantan.

Serbuan dilakukan oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan turut bersama ketika ditahan adalah seorang anak perempuan pasangan itu yang berusia setahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, hasil serbuan menemukan satu bungkusan dadah jenis ganja mampat di rumah itu sebelum pemeriksaan lanjut menemui 50 lagi ketulan mampat ganja di dalam bonet kereta jenis Honda Jazz yang bernombor pendaftaran Thailand.

“Suspek bekerja sebagai operator sebuah kilang di sini mengaku dia dan isterinya menjadi transporter dadah sejak April lalu dan dadah yang ditemui bersama mereka untuk diedarkan ke kawasan Perak utara.

“Pasangan itu akan mengambil dadah di sempadan dan mengedarnya mengikut arahan seorang pembekal dari Thailand dan menerima upah RM100 bagi setiap ketulan mampat dadah jenis ganja yang berjaya diseludup,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Kata Zaidy, kereta yang digunakan pasangan itu dipercayai milik pembekal dadah dari negara jiran terbabit.

“Selain kereta Honda itu, kita turut merampas sebuah motosikal jenis Honda RS150 milik pasangan itu dan semakan mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod berkaitan dadah dan dua lagi bersabit kegiatan jenayah,” katanya.

Beliau berkata, saringan ujian air kencing juga mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine manakala isterinya negatif dadah.

Pasangan itu kini direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 3 September depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya