Skrin paparan keputusan PRN tidak jelas sukarkan pengamal

Skrin paparan keputusan PRN tidak jelas sukarkan pengamal media 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Pengamal-pengamal media yang bertugas di pusat penjumlahan rasmi undi mengadu mengenai ruang khas yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak praktikal. 

Hal ini kerana, mereka tidak dapat melihat dengan jelas skrin paparan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Keadaan itu berlaku di pusat penjumlahan undi rasmi di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, yang merupakan pusat penjumlahan bagi DUN Sungai Tua.

DUN Sungai Tua ditandingi calon Pakatan Harapan (PH) juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menentang calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin dan calon Bebas, G. Suman. 

Ruang khas media yang amat terhad dengan paparan skrin keputusan rasmi dipisahkan oleh penghadang besi, sedangkan masih terdapat ruang lebih luas bagi membolehkan petugas media melihat perkembangan keputusan dalam jarak lebih dekat. 

Ekoran itu, petugas media terpaksa memanggil petugas SPR untuk mendapatkan rekod undian pilihan raya yang jelas akibat kekangan penglihatan pada skrin berkenaan. 

Utusan Malaysia difahamkan, beberapa pusat penjumlahan undi rasmi di negeri lain turut berdepan masalah sama seperti Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. 

Selain itu, difahamkan, ruang petugas media di sana pula dipisahkan dengan pita penghadang (barricade tape) dengan jarak terlalu jauh. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN