Pukul isteri sampai mati di Selangor, kena berkas di Johor

Pukul isteri sampai mati di Selangor, kena berkas di Johor

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya sehingga mati di Sungai Long, Kajang diberkas polis ketika bersembunyi di sebuah lokasi di Johor, kelmarin.

Suspek yang berusia 32 tahun itu disyaki berada di negeri berkenaan sebaik sahaja mengetahui isterinya meninggal dunia bagi mengelakkan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, risikan polis mendapati suspek berada di Johor sebelum serbuan dibuat.

“Susulan itu, kami menjalankan beberapa siri serbuan dalam tempoh tangkapan dibuat termasuk merampas barang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes ini,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Perbarisan Ulang Tahun Ke-7 Polis Bantuan Sime Darby Property Berhad, di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia, di sini, semalam.

Menurut beliau, suspek ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Terdahulu, seorang lelaki diburu polis selepas disyaki memukul isterinya dengan objek tumpul sehingga meninggal dunia di sebuah pangsapuri di Sungai Long pada 21 Julai lalu.

Ekoran kejadian itu, mangsa yang lebam di seluruh anggota badan dan tidak sedarkan diri dihantar suspek ke hospital swasta sebelum melarikan diri.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya