PTG Perak arah syarikat ganti tanah rizab Melayu - Utusan Malaysia

PTG Perak arah syarikat ganti tanah rizab Melayu

MOHAMAD FARIZ MOHAMAD HANIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Syarikat bukan Melayu yang memiliki tanah berstatus rizab Melayu seluas 3,214 hektar di Sitiawan telah diarahkan untuk menukar status tanah lain miliknya kepada rizab Melayu.

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, rundingan berkaitan perkara itu telah dilakukan dengan syarikat berkenaan di mana mereka menggantikan tanah bukan rizab Melayu milik syarikat di Teluk Intan dan Tapah kepada rizab Melayu.

Katanya, setakat ini, keseluruhan tanah milik syarikat yang telah ditukar menjadi rizab Melayu hanya 15 peratus daripada jumlah keseluruhan tanah dimiliki di Sitiawan.

“Kita tidak akan melepaskan atau membatalkan tanah rizab Melayu di Sitiawan. Ini bermakna, kita tetap akan usahakan untuk kembalikan rizab Melayu itu.

“Ia atas inisiatif syarikat itu sendiri, iaitu apa pun tanah yang pada fikiran mereka mempunyai potensi untuk pembangunan, kalau tanah itu tanah putih, maka penjualannya hanya kepada Melayu sahaja,” katanya pada sidang akhbar Sambutan Hari Tanah Negara 2023 peringkat negeri yang dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, sama ada pertambahan jumlah rizab Melayu itu akan dibuat atau tidak, ia hanya akan ditentukan selepas angkanya seimbang dengan apa yang berlaku di Sitiawan.

“Iltizam kita, walau apa cara sekali pun (tanah itu) tetap kembali ke Melayu kerana pengisytiharan rizab Melayu itu sama sekali tidak dibatalkan,” katanya.

Isu tanah rizab Melayu seluas 3,214 hektar di Sitiawan hangat diperkatakan kerana sudah berpindah milik kepada bukan Melayu melalui penjualan syer saham syarikat Melayu kepada syarikat bukan Melayu.

Berikutan itu, kerajaan negeri melalui PTG Perak menubuhkan ja­wa­tankuasa khas dengan melaksanakan beberapa tindakan bagi menangani isu berkenaan.

Malah, Saarani dalam kenyataannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak juga memberitahu, antara langkah awal yang diambil ialah me­lakukan sekatan dengan memasukkan Kaveat Pendaftar bagi kesemua tanah yang terlibat untuk menghalang sebarang transaksi atau pindah milik. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya