PRN: Veteren UMNO, bekas Pesuruhjaya Pas nyata sokongan kepada calon PH-BN Batu Maung - Utusan Malaysia

PRN: Veteren UMNO, bekas Pesuruhjaya Pas nyata sokongan kepada calon PH-BN Batu Maung

OTHMAN Desa (kanan) turun padang menyokong kempen calon BN-PH bagi kerusi DUN Batu Maung, Mohamad Abdul Hamid di Pulau Pinang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa dan bekas Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN), Prof. Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid dari PKR di DUN Batu Maung.

Selain itu, Salleh yang juga bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) turun turun padang ke Bilik Gerakan Utama Harapan Batu Maung kelmarin bagi menyatakan sokongan kepada Mohamad.

Sementara itu, sebanyak 16 Ketua Cawangan UMNO Bahagian Bayan Baru turut hadir dalam perjumpaan bersama calon PH-BN DUN Batu Maung berkenaan.

Perjumpaan yang dipengerusikan Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa itu berlangsung di Dewan UMNO Bahagian Bayan Baru, Sungai Ara dekat sini baru-baru ini.

Perjumpaan tersebut berlangsung sebagai tanda sokongan dan kesediaan jentera UMNO dalam usaha mempertahankan kerusi DUN Batu Maung sekali gus menjalinkan kerjasama politik di peringkat akar umbi PH dan BN di Batu Maung.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, beliau berasa lebih yakin selepas beberapa bekas kepimpinan utama akar umbi daripada Pas dan ahli-ahli akademik turun padang menyatakan sokongan kepadanya.

“Mereka sendiri menyatakan yakin dengan kebolehan saya berdasarkan pengalaman pentadbiran saya sebagai Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (Kitab) Pulau Pinang.

”Selain itu, mereka turut yakin dengan
pengalaman pentadbiran saya di beberapa universiti lain termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan latar belakang akademik terutamanya dalam pengurusan dan kewangan,” katanya sini hari ini.

Menurutnya, baru-baru ini juga Presiden Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Datuk Mohd. Foad Isa turut menyatakan sokongan kepada perjuangannya dalam bidang politik.

”Saya yakin sokongan ini bukan hanya sokongan kepada saya sebagai calon PH-BN di Batu Maung semata-mata.

”Tetapi ia adalah sokongan mereka kepada semua calon PH-BN bagi memenangi PRN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya