PRN: Tekad fokus bangun fasiliti, sosioekonomi rakyat - Ustaz Zamri Mantop - Utusan Malaysia

PRN: Tekad fokus bangun fasiliti, sosioekonomi rakyat – Ustaz Zamri Mantop

Mohd. Zamri
MOHD. Zamri Mohd. Zainuldin meraikan kemenangan beliau selepas menyaksikan keputusan Pilihan di Shah Alam, Selangor malam tadi. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dr. Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin atau Ustaz Zamri Mantop tekad mahu memfokuskan pembangunan fasiliti dan sosioekonomi rakyat Tanjong Karang.

Calon Perikatan Nasional (PN) yang juha Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjong Karang itu sah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.08 Sungai Burong malam tadi.

Beliau memperoleh 15,447 undi dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) (8,605 undi), Khir Ramli sekali gus memperoleh majoriti 8,642 undi.

Menurut Zamri, beliau menzahirkan syukur kepada Allah atas kemenangan itu walaupun kempennya tidak semeriah calon lain.

“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu, saya kalah lebih 2,000 undi namun kerusi Parlimen dimenangi PN pada PRU15 lalu.

“Kempen saya bukan kepada syiar tapi kita ada sasaran ombor dan turut menggunakan media sosial,” katanya ketika ditemui di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Tambah beliau, dia berterima kasih kepada jentera Pas dan Bersatu yang membantunya sejak awal kempen.

“Namun, kita mahu menang selangor dan saya hendak fokus membangunkan jati diti dan sosioekonomi rakyat terutama di DUN Sungai Burong.

“Tekad saya juga mahu meneruskan apa yang diperjuangkan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar dalam mengutamakan kebajikan rakyat selama ini,” ujarnya.

Untuk rekod, kerusi DUN Sungai Burong dimenangi calon BN, Datuk Mohd. Shamsudin Lias pada PRU14 lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya