PRN: Guan Eng cadang hari mengundi 12 Ogos cuti umum khas - Utusan Malaysia

PRN: Guan Eng cadang hari mengundi 12 Ogos cuti umum khas

LIM Guan Eng ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon-Calon Perpaduan di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEBERANG PERAI: Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng mencadangkan hari mengundi pada 12 Ogos ini diisytiharkan sebagai cuti umum khas bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15).

Mengakui kebimbangan akan peratusan keluar mengundi yang rendah, beliau berharap cuti khas dapat membantu memastikan penduduk yang tinggal di luar Pulau Pinang untuk pulang mengundi.

“Suka atau tak, rela atau tak tetapi kita tetap kena terima hakikat iaitu kita bimbang tentang peratusan keluar undi, kalau peratusan keluar undi tidak seperti PRU-15, dikhuatiri mungkin keputusan tidak akan memihak kepada kita.

“Sebab itu lah sebabnya saya minta kepada Chow Kon Yeow (Ketua Menteri) untuk beri cuti, kita kena pastikan semua penyokong kita dapat balik mengundi.

“Ini bukanlah setiap tahun, (minta cuti) ini lima tahun sekali dan untuk itu, kita harus berikan segala kelonggaran bagi membolehkan sistem demokrasi dan rakyat menggunakan hak mereka membuang undi 12 Ogos nanti,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon-Calon Perpaduan di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengundi perlu diyakinkan untuk melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan kemenangan berpihak kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Sungguhpun ada pengundi yang masih tak berapa rela, kita mesti yakinkan mereka dan saya percaya manifesto hari ini dapat yakinkan penyokong kita dari luar untuk kembali membuang undi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya