BUTTERWORTH: Calon Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Prai, H. Vikneswary tidak gentar berdepan dengan nama-nama besar biarpun pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Penuntut tahun akhir Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan, Universiti Terbuka Wawasan itu mengakui, beliau berdepan persaingan getir dan cabaran berat untuk mendapatkan sokongan pengundi di kawasan tersebut. Bagaimanapun, tambahnya, situasi itu tidak mematahkan semangatnya untuk membawa suara politik baharu…