Prestasi buruk; Pengarah Teknikal, Pengurus Kelab Penang FC ditamatkan kontrak - Utusan Malaysia

Prestasi buruk; Pengarah Teknikal, Pengurus Kelab Penang FC ditamatkan kontrak

PENANG FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kecewa dengan prestasi kelab yang dilihat semakin merudum, pengurusan Penang FC akhirnya mengambil langkah drastik dengan menamatkan kontrak beberapa pegawai pasukan serta-merta.

Antara yang terlibat secara langsung dengan tindakan itu ialah pengarah teknikal kelab, Kamal Kalid dan pengurus pasukan Liga Super pasukan, Ong Eng Hua.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi bagi pihak pengurusan kelab.

DANIEL Gooi ketika mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah Penang FC selaku pengerusi lembaga yang baharu, baru-baru ini.

Menurut Daniel, ini bermakna, kedua-dua individu tersebut tidak lagi akan terlibat dalam apa jua urusan kelab dan pasukan selepas ini.

“Penang FC ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas khidmat yang telah diberikan sepanjang bersama kelab dan pasukan.

“Dengan ini juga, (dimaklumkan) ketua jurulatih pasukan Liga Super (Penang FC) yang baharu akan memainkan (dua) peranan (serentak iaitu) sebagai ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan untuk masa yang akan datang.

“Ini akan memberikan tanggungjawab penuh kepada ketua jurulatih yang juga pengurus pasukan untuk mengendalikan pasukan Liga Super Penang FC selepas ini,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Daniel memberitahu, selain mempamerkan prestasi hambar dalam saingan Liga Super, pengurusan penang FC terpaksa mengambil langkah pemecatan tersebut berikutan kegagalan skuad senior Harimau Kumbang itu melangkah ke pusingan seterusnya dalam kempen saingan Piala Malaysia, baru-baru ini.

Jelasnya, pada masa sama, pihak pengurusan juga sedar langkah-langkah proaktif perlu diambil bagi membolehkan Penang FC kembali bangkit daripada situasi berkenaan.

“Langkah pembaharuan menyeluruh ini adalah untuk membawa perubahan drastik dalam tadbir urus dan penambahbaikan kepada pasukan bagi memenuhi harapan dan aspirasi para penyokong dan peminat pasukan Penang FC,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya