Polis mohon bantuan kesan remaja lelaki hilang - Utusan Malaysia

Polis mohon bantuan kesan remaja lelaki hilang

REMAJA lelaki yang dilaporkan hilang sejak bulan lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak bulan lalu.

Kehilangan remaja dikenali sebagai Pang Sin Siang itu disedari selepas dia tidak pulang ke rumahnya di Kampung Rapat di sini.

Difahamkan, kali terakhir remaja itu ditemui sebelum dia keluar rumah untuk ke Kuala Lumpur bersama rakan pada 30 Julai lalu namun tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.

Usaha dilakukan ibu bapa remaja itu bagi mengesan anak mereka termasuk menghubungi telefon bimbitnya namun panggilan yang dibuat tidak dijawab.

Laporan kehilangan remaja itu kemudian dibuat di Balai Polis Kampung Rapat pada 31 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya