PM rakam takziah mangsa pesawat

PM rakam takziah mangsa pesawat

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa keadaan bangkai pesawat yang hangus terbakar selepas terhempas dan menghentam sebuah motosikal di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam, Selangor. -UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuskan takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina, Shah Alam.

Perdana Menteri berkata, beliau mendoakan semoga kesemua mereka tabah menghadapi dugaan ini.

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat di Elmina, Shah Alam petang tadi. Mendoakan semoga kesemua mereka tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan dipercayai 10 mangsa terlibat dalam kejadian sebuah pesawat ringan terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, tadi.

Pesawat ringan berkenaan dipercayai berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Subang.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1), terhempas berhampiran Elmina, Shah Alam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN