PM pengerusikan mesyuarat kaji sistem saraan perkhidmatan awam 7 Ogos

PM pengerusikan mesyuarat kaji sistem saraan perkhidmatan awam 7 Ogos

PA komited menjaga kebajikan penjawat awam dengan menambah baik sistem saraan secara komprehensif . - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengadakan mesyuarat berhubung kajian semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 7 Ogos iaitu pada Isnin depan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan, perbincangan itu akan dilaksanakan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, kajian tersebut sebagai inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi Membangun Malaysia Madani.

“JPA sedang memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh kementerian, jabatan dan agensi yang digerakkan mulai 26 Julai lalu melalui beberapa sesi libat urus JPA.

“Ia merangkumi enam kluster iaitu Keselamatan, Kesihatan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknikal serta Pengurusan,” katanya hari ini.

JPA berkata, bagi memastikan cadangan penambahbaikan yang diterima bersifat terangkum serta inklusif, jabatan berkenaan membangunkan portal khusus bagi menerima input daripada seluruh penjawat awam.

Jelasnya, segala cadangan penambahbaikan serta pembaharuan boleh dikemukakan melalui portal kajian SSPA menerusi laman sesawang https://semakansaraan.jpa.gov.my.

JPA komited menjaga kebajikan penjawat awam dengan menambah baik sistem saraan secara komprehensif bagi memastikan perkhidmatan awam berdaya tahan dalam mendepani cabaran di masa hadapan.

Pada 14 Julai lalu, kerajaan bersetuju mengkaji semula sistem itu dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan tiadanya semakan gaji dibuat sejak 2012- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya