PM jumpa 24 syarikat p-hailing, suarakan keluhan penghantar

PM jumpa 24 syarikat p-hailing, suarakan keluhan penghantar

ANWAR Ibrahim mengadakan perjumpaan bersama 24 syarikat pengendali perkhidmatan p-hailing di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. - GAMBAR IHSAN PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bagi inisiatif dan latihan peningkatan kemahiran (upskilling) kepada golongan penghantar perkhidmatan parcel hailing (p-hailing) yang diterajui Kementerian Sumber Manusia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesemua syarikat pengendali memberikan komitmen untuk lebih telus dalam penentuan dan pengiraan upah golongan penghantar mereka.

Ini termasuk meneliti dan memperhalusi lebih lanjut pandangan daripada pihak penghantar berhubung penentuan dan pengiraan kadar upah.

“Penelitian lanjut ini penting bahawa dalam menambah baik kadar upah penghantar, kepentingan pengguna khususnya di kawasan luar bandar harus kekal diutamakan agar tidak terbeban di samping turut mengambil kira keupayaan syarikat.

“Ikhtiar ini membuktikan kerajaan peka dan mengambil berat kepentingan semua pihak dalam meningkatkan penjanaan pendapatan rakyat dan memastikan kesinambungan perniagaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan perjumpaan dengan 24 syarikat p-hailing susulan komitmen beliau semasa perjumpaan bersama rakan-rakan penghantar pada 22 Julai lalu.

Pada sesi itu, beliau menyampaikan keluhan penghantar terkait dengan isu kadar upah penghantaran.

“Semasa sesi ini, lima orang wakil daripada penghantar turut sama hadir bagi menyatakan pandangan dan mendengar maklum balas pihak syarikat.

“Perbincangan antaranya berkisar tentang pendapatan penghantar, jaringan keselamatan sosial serta keperluan latihan peningkatan kemahiran,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mendengar pandangan dan aduan daripada syarikat pengendali yang beroperasi di luar lembah klang yang tertumpu kepada perkhidmatan di luar bandar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya