Perak buat Kedah terkedu di Ipoh

Perak buat Kedah terkedu di Ipoh

PEMAIN Perak, Seo Seonung (kiri) diasak pemain Kedah, Mior Dani Armin Mior Ariffen dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC yang bergelut dalam Liga Super bagaimanapun membuka kempen Piala Malaysia dengan cemerlang apabila mengejutkan Kedah Darul Aman (KDA) FC  3-1 di Stadium Perak, sebentar tadi.

Kemenangan itu nyata mengejutkan kerana anak-anak buah Nafuzi Zain diramal mudah melepasi cabaran Perak yang tumpas dua kali kepada Sang Kenari dalam saingan Liga Super musim ini.

Skuad bimbingan Yusri Che Lah nyata mempunyai idea sendiri untuk mengecewakan pelawat.

Namun, belum sempat panas, Kedah bertindak apabila kaptennya, Manuel Geluti Ott menanduk masuk bola sepakan sudut Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin seminit perlawanan berlangsung.

Gol itu nyata menyentak semangat tuan rumah yang bangkit untuk mengenakan tekanan.

Bagaimanapun, penyudah lemah menjadi faktor Perak gagal menembusi gawang pasukan lawan sehingga tamat babak pertama.

Skrip babak kedua berterusan dengan Perak terus menekan ke kubu lawan.

Usaha mereka berjaya apabila tuan rumah mendapat sepakan penalti pada minit ke-47 yang disempurnakan oleh Luciano Guaycochea.

Lapan minit kemudian, Luka Milunovic menambah keperitan skuad Kenari apabila menyudahkan hantaran lintang Firdaus Saiyadi pada minit ke-55.

Lima minit kemudian, pelawat terpaksa bermain kurang seorang pemain apabila Rodney Celvin Akwensivie dilayangkan kad merah kerana terjahan keras terhadap Seo Seonung.

Hakimi Md Isa menamatkan cabaran Kedah apabila menyudahkan bola lorongan Luciano pada minit-minit akhir perlawanan untuk menjadikan kedudukan 3-1 sebagai bekalan bagi pertemuan kedua di Alor Setar pada 18 Ogos ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya