Perkeso terima 2,889 laporan kes kemalangan  - Utusan Malaysia

Perkeso terima 2,889 laporan kes kemalangan 

ROSMASITA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui Skuad Prihatin telah menerima 2,889 laporan kes kemalangan di seluruh negara sejak Januari sehingga 31 Julai lalu. 

Ketua Cawangan Skuad Prihatin Perkeso Bahagian Sinergi, Rosmasita Mohamed berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,798 kes berjaya diselesaikan membabitkan bayaran faedah hampir RM3.6 juta.

Menurut beliau, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang merupakan tiga negeri tertinggi menerima kes bayaran faedah pengurusan jenazah, faedah orang tanggungan serta pencen penakat.

“Skuad Prihatin Perkeso mengambil tindakan awal setiap kali menerima laporan kemalangan maut dengan membuat semakan terhadap mangsa atau waris terlibat.

“Sejak Januari, Skuad Prihatin Perkeso telah menyiasat 2,889 kes kemalangan maut dengan 1,798 layak dibayar faedah pengurusan jenazah melibatkan pembayaran hampir RM3.6 juta.

“Penerima atau waris dari Selangor paling tinggi menerima faedah itu dengan 289 kes disusuli Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sebanyak 205 kes,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 47 daripada 93 kes di Terengganu telah diselesaikan dan layak menerima faedah pengurusan jenazah melibatkan peruntukan RM94,000 dalam tempoh tujuh bulan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya