Perbuatan curi nadir bumi tidak boleh dimaafkan

Perbuatan curi nadir bumi tidak boleh dimaafkan

ANWAR Ibrahim berucap pada Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Naka, Padang Terap.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Kerajaan bertegas tidak akan membiarkan sesiapa sahaja mencuri harta rakyat di negeri ini untuk kepentingan masing-masing termasuk unsur nadir bumi (REE) di sekitar Sik, dekat sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan di bawah pentadbirannya mengambil berat berkaitan perkara tersebut untuk memastikan sumber kekayaan negeri itu dikembalikan kepada rakyat. 

“Kamu hina saya, hina isteri dan anak-anak macam-macam bukan setahun dua tetapi 10 tahun, saya maafkan. Tetapi saya nak tanya saudara kalau abang semua kena pukul setengah mati, nak maaf tak? Saya maafkan. 

“Saya nak jadi ketua yang bagi contoh baik tetapi kalau kamu curi harta rakyat, projek rakyat, sakau harta rakyat dan curi nadir bumi saya tak maafkan. Saya akan cari sampai dapat, orang susah nak dapat RM100 hangpa senang-senang nak sakau,” katanya pada Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Naka, hari ini.

Pada ceramah itu, Perdana Menteri sekali lagi menegaskan bahawa pertemuan beliau dengan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang digembar-gembur sebelum ini bukan bertujuan perniagaan.

“(Ada disebut) Anwar bawa seorang pedagang Indonesia fasal unsur nadir bumi. Saya nak jawab ini, siapa pun boleh buat permohonan. Isunya hang curi, reti tak? Curi tanah negeri hang curi hang kena jawab. Masalahnya mereka curi nadir bumi, tak ada kebenaran.

“Saya pergi istana mengadap Tuanku Sultan, kita tak bercakap tentang berniaga. Saya kata nak ziarah Almarhum Tuanku Abdul Hamid (Halim Shah). Minta kebenaran baginda, apabila jumpa dengan Mufti Kedah beliau kata kenapa tak ziarah makam Perdana Menteri pertama sekali, Tunku Abdul Rahman Putra oleh kerana saya PMX,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh tentang sikap pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang mempersoalkan tindakan kerajaan menaikkan harga subsidi padi baru-baru ini sebagai bukan perkara baharu.

“Masa jadi Menteri, pasai apa Bersatu dan Pas tak buat? Dia kata memang bercadang nak buat. Saya tanya pasai apa hang tak buat? Saya kurang enam bulan sudah buat. Sudah 25 tahun subsidi tak naik,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN