Perak tuntut aksi bertenaga seperti perlawanan pertama - Utusan Malaysia

Perak tuntut aksi bertenaga seperti perlawanan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Aksi bertenaga seperti ketika pertemuan pertama di Ipoh dituntut daripada setiap pemain Perak apabila turun membuat perhitungan dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Pada perlawanan di Stadium Perak dua minggu lalu, Perak mengejutkan pelawat dengan aksi bertenaga untuk memenangi perlawanan 3-1.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berharap pemain mampu mengulangi persembahan seperti pertemuan di Ipoh.

“Perak turun dengan bekalan dua gol, saya berharap pemain akan mempertahan kelebihan itu,” katanya.

Walaupun sedar laluan sukar yang menanti Perak, Abdul Azim berharap pemain The Bos Gaurus tidak gentar untuk menghadapi suasana perlawanan itu nanti.

Menurutnya, Kedah sudah pasti turun dengan hasrat memadam kelebihan pasukan Perak.

“Oleh yang demikian saya berharap pemain bermain dengan semangat cekal. Usah bimbang atau gentar, bermainlah mengikut kemampuan, ” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Azim berharap Ketua Jurulatih, Yusri Che Lah dapat mencongak dan merencanakan kejayaan untuk pasukan Kejor Yob Kejor.

“Kalau menang, kita dapat ke suku akhir dan ada peluang ke separuh akir selepas itu.

“Harapan amat tinggi untuk kita berjaya ke separuh akhir yang akan menunjukkan Perak sudah mula bangun semula,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya