PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menaruh harapan kepada generasi baharu Pemuda UMNO untuk mengembalikan semula kekuatan partinya. Beliau percaya, sayap Pemuda mempunyai sifat yang berani dan tidak takut menyatakan pendirian demi kepentingan parti mahupun rakyat. “Politik saya bermula dengan Pemuda UMNO. Ia mengajar tentang idealisme dan membina jati diri untuk melangkah satu demi satu anak tangga sehingga ke puncak tertinggi, meneraju pentadbiran negara,” katanya dalam…










