KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) kembali menerima aduan mengenai rakyat Malaysia diseludup ke Myanmar bagi tujuan pemerdagangan manusia menerusi modus operandi yang licik. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hassim berkata, MHO mendapati tiada lagi sebarang promosi, iklan atau peluang pekerjaan ditawarkan secara terus, sebaliknya sindiket itu menggunakan negara lain seperti Filipina dan Dubai bagi menarik rakyat Malaysia. Katanya, apabila rakyat Malaysia tiba di sana,…










