KUALA LUMPUR: Polis akan memantau termasuk melakukan ‘profiling’ terhadap pegawai atau anggota pasukan itu yang dikesan hidup mewah tidak setara dengan jawatan dan gaji bulanan mereka. Penegasan itu dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain terhadap anggotanya yang mengamalkan gaya hidup berlebihan sehingga mendatangkan tanda tanya terutama dalam kalangan orang awam tentang sumber kekayaan yang diperoleh. Memberitahu Mingguan Malaysia, Razarudin berkata, tindakan ‘profiling’ dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan…