Hannah sahkan Lembaga Pengampunan bersidang

Hannah sahkan Lembaga Pengampunan bersidang, enggan komen isu Najib

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) akan berme­syuarat pukul 8.30 pagi ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengesahkan perkara itu tetapi enggan memperinci maklumat lanjut berhubung perkara tersebut.

Beliau juga tidak menjawab ketika ditanya sama ada me­syuarat itu akan membincangkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

“Ya saya boleh sahkan esok (hari ini) 8.30 pagi ada me­syuarat pengampunan.

“Kita telah dipanggil dan itu sahaja setakat ini yang saya boleh berikan kepada anda semualah,” katanya ketika diminta mengesahkan mengenai Me­syuarat LPWP hari ini.

Beliau ditemui selepas me­lancarkan Fasa Kelapan Program Mamogram Percuma Etiqa Dengan Kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia di sini, semalam.

Sebelum ini, media me­laporkan LPWP dijangka ber­mesyuarat hari ini.

Ia untuk mempertimbangkan, antara lain permohonan Najib mendapatkan pengampunan terhadap sabitan ber­kaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Perdana Menteri itu yang disabitkan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International didenda RM210 juta dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.

LPWP kemudiannya me­ngurangkan separuh tempoh hukuman penjara beliau kepada enam tahun dan kurangkan denda kepada RM50 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×