Pasaraya Gmart Sungai Petani anjur Program Derma Darah

Pasaraya Gmart Sungai Petani anjur Program Derma Darah di HSAH

 SUHAILA Md. Nor (kiri) bersama Noraidah Mohd Daud dan Shaifulbakri Idris bergambar kenangan setelah mengumpul beg darah sempena Kempen Derma Darah di Lobi HSAH Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. – UTUSAN/ABD RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 391 orang, termasuk dari Pulau Pinang menyertai kempen menderma darah anjuran Pasaraya Gmart Sungai Petani di Lobi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam Unit Tabung Darah HSAH, Futera Naim Abdullah berkata, kempen dengan kerjasama HSAH kali itu mencatatkan rekod paling tertinggi sejak penganjuran pernah dilakukan dalam masa 14 tahun.

Katanya, usaha itu sedikit sebanyak mampu menampung serta menstabilkan stok bekalan darah di hospital tersebut.

“Terima kasih kepada semua pihak, termasuk pegawai di Pusat Darah Wilayah Utara Alor Setar, Juruteknologi Makmal Perubatan Jabatan Perubatan Transfusi, Suhaila Md Nor, Noraidah Mohd Daud dan Pembantu Perawat Kesihatan HSAH, Shaifulbakri Idris kerana bekerja keras bagi melakukan ujian saringan darah dan lain-lain,” katanya lagi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN