Pas king maker, gerakan politik perlu libatkan kami - Sanusi

Pas king maker, gerakan politik perlu libatkan kami – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa mana-mana gerakan politik di negara ini pada waktu ini memerlukan penglibatan parti tersebut.

Muhammad Sanusi menyifatkan Pas ketika ini sebagai king maker atau parti yang berpengaruh besar dalam menentukan hala tuju mana-mana pihak termasuk parti politik lain.

“Saya rasa kalau tidak melibatkan Pas secara serius tidak akan ke mana-mana, semua gerakan politik di Malaysia pada hari ini mesti melibatkan Pas, king maker.

“Kalau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nak buat apa-apa tanpa libat Pas tak akan berjaya sambung hayat politik dia,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat exco di Wisma Darul Aman, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang berkata, UMNO tidak berhasrat menjalinkan semula hubungan kerjasama dengan parti atau pemimpin yang bermuslihat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerjasama harus datang daripada keikhlasan dan bukan manipulasi serta beberapa tindakan yang tidak dialu-alukan kerana penuh dengan muslihat.

Muhammad Sanusi berkata, semua orang mengetahui sejarah sebenar bagaimana Muafakat Nasional (MN) dibubarkan yang didakwa berpunca daripada tindakan Ahmad Zahid.

“Dia sendiri pun banyak muslihat, masa MN ditubuhkan dia bercuti, sudah nampak Datuk Seri Mohamad Hasan berupaya memimpin UMNO, mengadakan MN, perpaduan ummah bersama Pas dia keluar daripada cuti dia.

“Selepas itu mula berlaku manuever yang ikat Perpaduan Ummah hanya Pas dan UMNO. Saya rasa itu bukan hasrat sebenar Perpaduan Ummah dalam MN. Tetapi Zahid kembali daripada bercuti untuk pastikan hanya berlaku Pas dan UMNO, tolak Bersatu,” katanya.

Tambahnya, UMNO sedang mengalami krisis di bawah Ahmad Zahid sehinggakan parti itu ditolak pada pilihan raya negeri (PRN) di Kedah yang menjadi manifestasi kepada penolakan kepimpinan Presiden UMNO itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya