Pas Kelantan serah nama calon MB esok - Utusan Malaysia

Pas Kelantan serah nama calon MB esok

Calon MB
AHMAD Yakob (tengah) selepas selesai menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat dan Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN / YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas Kelantan akan menyerahkan senarai nama calon Menteri Besar Kelantan kepada Istana Kelantan esok selepas perkara tersebut sudah dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.

Pesuruhjayanya Datuk Ahmad Yakob berkata, senarai nama tersebut diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat dan Kelantan sebentar tadi.

Menurutnya, nama tersebut sudah mendapat persetujuan daripada Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Insya-Allah, majlis angkat sumpah akan berlangsung pada pukul 3 petang di Istana Balai Besar, Selasa ini.

“Soal nama itu tidak penting…apa yang penting kita hantar untuk mendapat perkenan daripada Tuanku (Sultan Muhammad V) untuk memilih calon MB Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat dan Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini sebentar tadi.

Kelantan sebelum ini dilaporkan bakal mendapat Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang baharu sekiranya Pas dah Perikatan Nasional (PN) kekal mentadbir negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya memutuskan perubahan kedudukan dua jawatan itu dengan mengemukakan gabungan kepemimpinan baharu iaitu seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat, tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.

Semalam Ahmad mengesahkan masalah kesihatan yang dialami menjadi sebab utama beliau menolak untuk kekal sebagai Menteri Besar jika parti itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ahmad berkata, masalah kesihatan itu melibatkan ‘slip dics’ selepas terjatuh sebanyak dua kali sebelum ini selain jantung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya