Pantai Bagan Lalang mampu lonjak sektor pelancongan tempatan

Pantai Bagan Lalang mampu lonjak sektor pelancongan tempatan

LWI Kian Keong menyantuni mesra para peniaga dan pengunjung ketika sesi tinjauan berkempen di sekitar Pantai Bagan Lalang, Sepang. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kawasan peranginan Pantai Bagan Lalang berpotensi luas dalam menarik minat kedatangan para pelancong luar yang sekali gus menjana ekonomi penduduk setempat.

Justeru, calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Sungai Pelek, Lwi Kian Keong berhasrat bagi meningkatkan penglibatan masyarakat dalam perniagaan kecil di lokasi popular tersebut.

“Semasa menjadi Ahli Majlis Perbandaran Sepang, saya bertanggungjawab menemuduga ramai peniaga di sini dan mereka gembira tempat ini memang pun ada prospek,” katanya selepas mengadakan sesi lawatan ke pusat penjaja dan medan selera di Pantai Bagan Lalang, di sini hari ini.

Dalam nada berseloroh, Kian Keong berkata, sebahagian besar peniaga di situ juga masih lagi mengenal dirinya yang banyak membantu mereka ditempatkan di kawasan tersebut.

Beliau malahan terharu apabila ada kalangan peniaga terbabit merujuknya sebagai wakil rakyat kerana aktif menolong penduduk tanpa mengira latar belakang kaum dan politik.

Pada masa sama, beliau juga menasihatkan mereka untuk tidak mengamalkan ‘ali baba’ dengan cuba menyewakan premis kepada pihak lain demi meraih keuntungan segera.

Di samping itu, Kian Keong juga berkesempatan bertukar-tukar pandangan bersama peniaga tempatan mengenai pembangunan pantai berkenaan seperti memperbanyakkan petak parkir, ruang penjaja kecil dan menambah tong sampah bagi meningkatkan aspek kebersihan.

Pantai Bagan Lalang yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, tambah beliau, mampu melonjakkan ekonomi Sepang dari segi pelancongan domestik dan menjadi destinasi pilihan ‘kaki pancing’ dan penggemar aktiviti perkhemahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya