SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor akan mengangkat sumpah dalam satu istiadat di Balairung Seri Istana Alam Shah, pada pukul 11 pagi, Isnin ini. Istana Alam Shah dalam satu kenyataan memaklumkan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta pengurniaan Surat Cara Pelantikan diadakan pada tarikh tersebut. Bagaimanapun, pihak istana tidak mendedahkan sebarang nama. Dalam pada itu, baginda juga berkenan istiadat sama bagi…