Manson harap bantuan kaki palsu - Utusan Malaysia

Manson harap bantuan kaki palsu

MANSON Ayob (kanan) mengharapkan bantuan kaki palsu bagi memudahkan dia bergerak menggunakan tongkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seorang bekas tentera yang menetap di Taman Bukit Piatu di sini mengharapkan bantuan kaki palsu setelah kedua-dua kakinya dipotong pada 2014 dan 30 Jun lalu akibat komplikasi ken­cing manis.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pesara berkenaan, Manson Ayob, 66, berkata, kaki kirinya terlebih dahulu dipotong pada 2014.

“Saya ketika ini ada kaki palsu untuk kaki kiri. Kini saya mengharap­kan kaki palsu untuk kaki kanan bagi memudahkan saya berjalan guna tongkat.

“Dianggarkan kaki palsu itu berharga lebih RM6,000 untuk jenis yang baik dan tahan lama. Tiada apa yang saya harapkan, hanya bantuan kaki palsu sahaja untuk memudahkan pergerakan,” katanya di sini semalam.

Selain tidak dapat be­kerja, kehidupan warga emas itu ibarat sudah jatuh ditimpa tangga setelah diisytihar muflis sejak 2016.

Ini selepas individu yang dijamin untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli kereta beberapa tahun lalu gagal membayarnya kepada sebuah ­institusi kewangan.

Manson yang juga vete­ran tentera tidak berpencen berkata, sebagai ketua, kehidupannya bagaikan hilang punca apabila tidak dapat lagi melakukan pelbagai kerja bagi menyara keluarga.

Dia yang mempu­nyai tiga anak yang masih bersekolah hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seba­nyak RM500 sebulan selain hasil jualan laksa dan kuih-muih oleh isterinya.

Mereka yang ingin­ membantu boleh meng­hubung Manson, 011-21956576 atau sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), Manson Ayob, 0670029000159240. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya