MADRID: Aryna Sabalenka terus membuktikan status sebagai pencabar utama apabila mara ke pusingan 16 terbaik Terbuka Madrid dengan kemenangan bergaya 6-1, 6-4 ke atas Jaqueline Cristian sekali gus melanjutkan rentetan kemenangan kepada 14 perlawanan. Pemain No.1 dunia itu mempamerkan permainan hampir sempurna terutama dalam set pertama dengan memenangi 89 peratus mata servis selain menonjolkan variasi pukulan yang jarang dilihat termasuk backhand sebelah tangan yang mencuri tumpuan. “Terutama dalam set pertama,…










