Madonna rombak tarikh konsert selepas direhatkan - Utusan Malaysia

Madonna rombak tarikh konsert selepas direhatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Penyanyi, Madonna dijangka memulakan konsert pertama siri jelajah Celebrationnya dalam beberapa bulan selepas terpaksa direhatkan gara-gara jangkitan bakteria kronik.

Perkembangan itu dikongsi penganjur, Live Nation yang mengumumkan tarikh baharu konsert pertama yang dijangka bermula 14 Oktober depan di O2 Arena, London.

Penyanyi berusia 65 tahun itu sekitar Jun lalu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan berkenaan.

Penyanyi sensasi itu menerusi Instagramnya sebelum ini memaklumkan masih dalam proses pemulihan dan sedang memberi tumpuan terhadap kesihatan.

“Saya amat bersyukur dengan semua kebaikan yang dikurniakan untuk saya.

“Fokus saya buat masa ini adalah untuk sihat dan pulih. Saya beri jaminan akan segera kembali sihat untuk anda semua,” tulisnya di Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN