Lagi PN ditekan, lagi kami lawan - Mohd. Shukri - Utusan Malaysia

Lagi PN ditekan, lagi kami lawan – Mohd. Shukri

MOHD. Shukri Ramli (tujuh dari kiri) bergambar bersama penerima terlibat selepas Majlis Penyerahan Bantuan Perniagaan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Kangar, Perlis hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perikatan Nasional (PN) tidak akan tunduk walaupun ditekan oleh pelbagai pihak khususnya menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu nanti.

Pengerusi PN negeri, Mohd. Shukri Ramli berkata, pihak terlibat boleh melakukan apa sahaja memandangkan gabungan berkenaan akan tetap bangkit bagi melawan segala cubaan tersebut.

“Hujah sepatutnya dilawan dengan hujah dan bukannya dengan kuasa.

“Buatlah apa mereka boleh buat dan saya rasa apa yang dilakukan itu akan menberikan lebih banyak sokongan kepada PN selepas ini,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Perniagaan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Mohd. Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dinasihatkan untuk tidak menghadiri Ceramah Mega PN bersama MB Kedah yang berlangsung di padang awam Taman Ria, Sungai Petani, Kedah, malam tadi.

Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden menerima satu kertas memaklumkan tentang ketidakhadiran Muhammad Sanusi ketika berucap pada ceramah tersebut.

Terdahulu, Muhammad Sanusi turut tidak hadir ke program Sembang Santai Bersama Panglima Perang PN di Padang Awam Taman Serai Wangi, Padang Serai, Kedah.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri berkata, langkah yang dilakukan itu akan membuatkan rakyat lebih sedar dan dapat membuat penilaian sebaiknya bagi memberi sokongan padu kepada PN pada PRN ini.

“Insya Allah kita akan sapu bersih enam negeri pada PRN ini dengan peningkatan sokongan rakyat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya