KKM teliti isu kesetaraan perjawatan petugas kesihatan Sabah, Sarawak

KKM teliti isu kesetaraan perjawatan petugas kesihatan Sabah, Sarawak

ZALIHA Mustafa ketika sesi perjumpaan bersama MAPSU KKM di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti isu kesetaraan perjawatan petugas kesihatan di Sabah dan Sarawak demi menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, beliau mendapati masih ada petugas kesihatan di dua wilayah itu melakukan kerja-kerja yang sama dengan petugas di Semenanjung tetapi pada perjawatan yang rendah.

“Isu berkenaan adalah antara perkara yang akan diuruskan KKM bagi menghornati semangat MA63,” katanya selepas sesi perjumpaan dengan Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja (MAPSU) Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Katanya, isu ketidaksetaraan itu adalah antara perkara yang dibangkitkan pada sesi pertemuan bersama MAPSU hari ini.

Dr. Zaliha berkata, isu lain yang dibincangkan termasuk isu perjawatan membabitkan skim-skim yang terlepas pandang oleh KKM selama ini.

Menurutnya, ada di antara skim-skim perkhidmatan ini menerima latihan yang banyak, namun tiada kekosongan perjawatan untuk kenaikan gred dan jawatan.

“Isu ini perlukan lebih banyak masa untuk disemak dan dibincangkan pada sesi libat urus dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum meletakkan mereka ini di tempat selayaknya.

“Isu tempoh masa bekerja juga turut dibangkitkan oleh MAPSU kerana dilihat tidak memenuhi keperluan semasa,” katanya.

Katanya, pertemuan dengan MAPSU hari ini penting bagi merungkai permasalahan dibangkitkan terutama berkaitan skim perkhidmatan dan profesion dalam KKM.

Zaliha berkata, MAPSU mewakili lebih 80,000 warga KKM yang bernaung di bawah 22 kesatuan sekerja dan merangkumi keseluruhan 119 skim perkhidmatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya