KKM kenakan pemeriksaan Tahap 4 produk makanan import dari Jepun

KKM kenakan pemeriksaan Tahap 4 produk makanan import dari Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengenakan pemeriksaan Tahap 4 (Pengawasan) di pintu masuk negara terhadap produk makanan berisiko tinggi yang diimport dari negara Jepun untuk analisis kandungan bahan radioaktif.

Ia susulan pemakluman tindakan pelepasan sisa air radioaktif terawat bermula esok oleh pihak berkuasa Jepun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, berdasarkan data KKM, dalam tempoh 2022 sehingga Jun lalu, produk makanan ikan dan hasilan ikan adalah antara produk tertinggi diimport dari Jepun.

“Ia disusuli dengan produk buah-buahan, sayur-sayuran dan selebihnya adalah makanan dan minuman terproses dengan nilai keseluruhan iaitu RM 880,115,437.

“KKM peka dan prihatin terhadap keresahan pengguna terhadap perkara ini. Dalam hal ini, KKM sentiasa menjalankan pemantauan di pintu masuk negara dan pasaran tempatan bagi memastikan keselamatan makanan adalah terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jepun mengesahkan bahawa pelepasan sisa air radioaktif terawat tersebut adalah mengikut standard keselamatan Jepun yang akan dilaksanakan secara berperingkat dan mendapat kelulusan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 4 Julai lalu.

Meskipun begitu, isu ini mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa negara di Lautan Pasifik.

Menurut Muhammad Radzi, di Malaysia, cemaran radionuklid adalah dikawal di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Manakala standard antarabangsa Codex telah mengeluarkan General Standard for Contaminants and Toxins in Food and Feed, CXS 193-1995 sebagai panduan untuk kawalan cemaran radionuklid dalam makanan.

“Susulan insiden letupan loji nuklear akibat gempa bumi yang berlaku di Fukushima, pada tahun 2011, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menjalankan pemantauan ke atas produk makanan yang diimport dari Jepun bermula Mei 2011 sehingga April 2012.

“Satu program pemantauan khusus turut dijalankan pada 2019 di mana sebanyak 102 sampel telah dianalisis dan kesemua sampel didapati tidak melebihi kadar yang telah ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya