Kerjaya kena teruskan - Diana Danielle - Utusan Malaysia

Kerjaya kena teruskan – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemelut rumah tangga dialami Diana Danielle, 31, tidak menghalang pelakon itu untuk meneruskan kerjaya nyanyian dan lakonannya.

Katanya, meskipun masih sibuk menyelesaikan masalah peribadi, dia tidak mengabaikan tanggungjawab dan masih bekerja seperti biasa.

“Kerjaya kena teruskan kerana itu adalah sumber rezeki saya. Tetapi saya tidaklah aktif sangat.

“Saya perlu perlahankan (lakonan dan nyanyian) kerana banyak lagi hal peribadi yang perlu diselesaikan,” katanya.

Diana berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas prosiding kes hadanah interim di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, dekat sini.

Masalah rumah tangga Diana dan Farid terbongkar selepas pelakon Imaginur itu memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu.

Bagaimanapun keputusan kes tersebut serta tuntutan hadanah interim dan nusyuz dijangka diketahui petang ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya