Kerajaan teliti kerangka kawal selia AI

Kerajaan teliti kerangka kawal selia AI

FAHMI Fadzil melawat pameran pada Majlis Public Sector Day 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan meneliti keperluan untuk mewujudkan kerangka kawal selia berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam mengatasi cabaran dan masalah etika penggunaan teknologi tersebut.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, terdapat kewajaran berhubung keperluan kerangka itu di negara ini memandangkan ia merupakan suatu teknologi baharu.

Kata beliau, dalam hal itu, tenaga pakar kerajaan dan industri perlu dikumpulkan untuk memahami beberapa cabaran termasuk isu-isu etika melibatkan AI khususnya generatif AI memandangkan ia mungkin mempunyai kesan kepada sektor pekerjaan.

“Ketika ini ramai yang mula menggunakan aplikasi generatif AI. Dalam isu ini kementerian yang berwajib antara lain semestinya MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) dan juga KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital).

“Kita akan bekerjasama untuk meneliti apa yang perlu kita usahakan (untuk) mewujudkan satu kerangka kawal selia bagi AI di Malaysia,” katanya menerusi sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama sempena Public Sector Day 2023 di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi mencadangkan supaya Radio Televisyen Malaysia (RTM) dapat mewujudkan sebuah program khas dengan mengundang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai tetamu bagi mengulas mengenai AI dalam Bahasa Melayu yang bertujuan meningkatkan pemahaman rakyat terhadap teknologi itu.

Ini kerana katanya, perkembangan bahasa harus lah diselaraskan dengan kemajuan teknologi bagi memastikan setiap perubahan teknologi baharu akan lebih mudah diterima dan difahami oleh segenap lapisan masyarakat.

“(Ia bertujuan) menyediakan kosa kata atau vokabulari bagi teknologi baharu ini. Kita tahu AI disebut sebagai kecerdasan buatan dan mungkin tak lama lagi akan ada banyak teknologi baharu yang mana perlu kita pastikan dari segi bahasa Melayu ada perkataan atau frasa bersesuaian untuk kerap digunakan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya