Syam Ghaz terajui J-Kom, Ismail ke PMO - Fahmi

Syam Ghaz terajui J-Kom, Ismail ke PMO – Fahmi

FAHMI Fadzil ketika mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ANWAR pada Majlis Perjumpaan bersama warga Kementerian Komunikasi Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRJAYA: Aktivis politik dan masyarakat, Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) baharu menggantikan Datuk Ismail Yusop.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini hari ini.

Fahmi juga menjelaskan, Ismail pula akan memulakan tugas baharu di Pejabat Perdana Menteri.

“Saya cuma nak ambil kesempatan ini untuk pertama sekali mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ismail yang telah dipanggil untuk tugas baharu oleh Pejabat Perdana Menteri dan selamat datang kepada saudara Syam Ghaz yang telah dipilih untuk menerajui Unit Komunikasi (J-Kom),”katanya.

Difahamkan, sebelum ini, Syam Ghaz bertugas di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ismail sempat meneraju J-Kom lebih setahun selepas kerusi itu ditinggalkan Mohd Khairuddin Othman yang ditamatkan perkhidmatannya pada September 2023.

Sebelum itu, Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha PKR Selangor dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM bermula 1 Mac 2023 bagi mengisi kekosongan jawatan itu sebelumnya disandang Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusof. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN