Kempen My Jalan atasi isu jalan berlubang

Kempen My Jalan atasi isu jalan berlubang

ALEXANDER Nanta Linggi ketika lawatan pemantauan pengujian sistem kutipan tol secara pembayaran terbuka di Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya MEX. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR/PEMBERITA - AMREE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kerja Raya (KKR) bakal melancarkan pusat sehenti khususnya untuk menerima segala aduan awam terutama melibatkan kerosakan jalan bersempena kempen My Jalan pada 24 Ogos ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, program khas ini berorientasikan tindakan dan bukan sekadar cakap kosong tanpa ada susulan dengan melibatkan semua pihak dalam kalangan pemain industri, agensi kerajaan dan swasta serta rakyat dalam usaha penjagaan prasarana jalan.

Beliau berkata, selain masalah jalan berlubang, pusat sehenti itu turut menerima aduan lampu jalan serta perabot jalan.

“Kerajaan malah ada menyediakan peruntukan RM217.8 juta yang langsung tidak akan mengganggu peruntukan sedia ada ditetapkan kepada semua jurutera daerah.

“Setakat ini, sebanyak RM73.45 juta sudah dibelanjakan di seluruh negara bagi usaha penambahbaikan berkenaan termasuk 2,950 jalan yang berlubang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan pemantauan pengujian sistem kutipan tol secara pembayaran terbuka di Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya MEX, di sini hari ini.

Sambil tidak menafikan isu kerosakan jalan masih wujud, beliau memberi jaminan bahawa pihaknya komited memastikan masalah itu tidak berlarutan dan menyusahkan rakyat.

Selain itu katanya, pihak kementerian menyelenggara perabot jalan seperti papan tanda, penghadang jalan, garisan cat pudar, longkang tersumbat dan masalah berkaitan pokok.

Alexander berkata, pihaknya turut akan memperkasakan peranan Rakan KKR yang dibentuk sebagai mata dan telinga untuk penyaluran aduan di setiap tempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya