Keluar simpang mengejut hingga kemalangan

Keluar simpang mengejut hingga kemalangan

KEADAAN dua kenderaan terbabit dalam kemalangan di Bandar Puteri, Puchong, Serdang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan pemandu sebuah kereta yang keluar simpang secara mengejut mengakibatkan sebuah lori terbabas sebelum merempuh dua kenderaan lain dalam kejadian Jalan Lebuh Puteri, Bandar Puteri, Puchong, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi.

Katanya, siasatan awal dijalankan mendapati kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Lebuh Puteri ketika sebuah lori jenis Inokom dipandu seorang lelaki dari arah Lebuh Puteri (IOI Galeri) menghala ke KPMC Puchong.

“Lori tersebut melanggar sebuah kereta jenis Honda City yang dipercayai keluar simpang secara mengejut mengakibatkan ia terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar dua lagi yang diletakkan berhampiran.

“Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan kecederaan kepada semua mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan dijalankan dibawah Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 17 LN 166/59) untuk tindakan selanjutnya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd. Remy Nordin di talian 0195282256.

Hari ini tular video di media sosial memaparkan sebuah lori yang terbabas dan melanggar beberapa buah kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Jalan Lebuh Puteri di sini. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN