KOTA BHARU: Pas Kelantan menegaskan parti itu tidak memerlukan calon Menteri Besar ‘bayangan’ kerana semua individu yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) layak untuk diangkat sebagai ketua jika terus diberi mandat oleh rakyat selepas 12 Ogos ini. Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yakob berkata, peluang tersebut turut terbuka kepada calon yang menjadi Exco semasa pentadbiran sebelum ini. “Exco layak, Menteri Besar layak. tidak ada calon yang tidak layak,” katanya kepada pemberita…