Kawal pekerja asing imbangi Dasar Gaji Progresif - Johari Ghani

Kawal pekerja asing imbangi Dasar Gaji Progresif – Johari Ghani

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif wajar dilaksanakan namun perlu diimbangi dengan kawalan terhadap pengambilan pekerja asing dalam pelbagai sektor.

Pengerusi Majlis Ekonomi, Kewangan dan Pelaburan UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjelaskan, keutamaan terhadap pengambilan pekerja asing menjadi punca kadar gaji berada di tahap yang rendah ketika ini.

Beliau memberi contoh bagaimana gaji dalam sektor perhotelan negara dibayar dengan kadar yang rendah disebabkan pekerja asing.

“Bila hotel pakai pekerja asing bayar gaji rendah, sebab itu kadar rendah. Bayangkan, hotel lima bintang negara kita tawar gaji paling rendah di Asia Tenggara sebab pakai pekerja asing. Sepatutnya tak boleh, kalau kita tawar RM3,000 ke RM4,000, akan ada yang hendak bekerja.

“Jadi saya setuju dasar gaji progresif ini, tetapi kena bersesuaian dengan kawal pekerja asing. Kalau dia hendak pergi petik kelapa sawit, kita hantar, dia hendak buat kerja 3D, panjat kren hendak buat bangunan boleh, tetapi sektor selebihnya, tidak boleh, bila dibayar dengan harga rendah, habislah.

“Kalau hendak tetapkan dasar, mesti kawal pekerja asing dan tindakan mesti diambil kalau tidak ada ambil pekerja tempatan, cuba hotel tawar pekerja yang ada diploma dan sarjana muda, bagi gaji RM4,000 ke atas, ada yang datang. Jadi, kenapa orang tidak ambil kerja? Sebab tidak ada nilai ekonomi, kita kena faham dinamik ekonomi,” katanya dalam Sesi Bicara PRN, Malaysia di Ambang Pemulihan semalam.

Beliau turut menjelaskan, kebergantungan terhadap pekerja asing dalam pelbagai sektor menjejaskan nilai ekonomi terhadap pekerjaan di negara ini.

“Sebahagian dari rakyat kita beribu-ribu pergi Singapura bekerja, kerja di hotel, dia dapat 3,000 dolar Singapura, ada dapat 2,500 dolar, kali dengan RM3.40, dia dapat RM8,500.

“Jadi, kenapa dia tidak mahu kerja dengan kita? Sebab majikan guna benchmark pekerja asing, siapa hendak ambil kerja yang tidak ada nilai ekonomi? Kalau bagi RM1,800, lepas itu kena bayar sewa rumah, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kena bayar kenderaan lepas itu apa yang tinggal? Sebab itu dia tidak ambil kerja, sebab itu ada buat Grab, dia dapat RM4,000, walaupun kerja teruk, tapi ada nilai ekonomi sementara cari kerja bagus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya