JIM diarah dapatkan mesin pencetak pasport berkapasiti tinggi, elak kesesakan

JIM diarah dapatkan mesin pencetak pasport berkapasiti tinggi, elak kesesakan

MESIN mencetak pasport sedia ada mampu mencetak maksimum 400 naskhah sehari dan ia dilihat tidak mencukupi, malah mengundang kesesakan di pejabat pengeluar pasport. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mahu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapatkan segera mesin pencetak pasport berkapasiti tinggi bagi mengelak kesesakan di pejabat pengeluar pasport.

Menurutnya, ketika ini, mesin mencetak pasport sedia ada mampu mencetak maksimum 400 naskhah sehari dan ia dilihat tidak mencukupi, malah mengundang kesesakan di pejabat pengeluar pasport.

Justeru, katanya, JIM diarahkan untuk mendapatkan segera mesin pencetak yang boleh mencetak 1,200 pasport sehari.

“Di luar sana ada mesin satu jam boleh cetak 1,200 buku, apa yang menghalang kita untuk dapatkannya? Apa saja yang boleh buat dalam lingkungan keupayaan kita untuk memberi keselesaan kepada rakyat, iaitu pengguna kita, mesti kita buat.

“Dapatkan segera (mesin pencetak), apa cara sekali pun supaya rakyat tak lagi bising kena beratur panjang,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan KDN di sini hari ini.

Justeru, beliau meminta Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh supaya memercepatkan perolehan mesin pencetak berkapasiti tinggi itu.

Difahamkan, Jabatan Imigresen mengeluarkan kira-kira 2.8 juta pasport sepanjang tempoh pasca pandemik Covid-19 iaitu meningkat empat kali ganda berbanding tempoh sebelumnya.

Malah, Saifuddin sebelum ini dilaporkan berkata, beliau sudah mengarahkan 20 pejabat pengeluaran pasport, selain Pusat Transformasi Bandar (UTC), beroperasi tujuh hari seminggu bagi mengatasi kesesakan di kaunter imigresen dalam jangka pendek.

Berhubung isu pindaan Perlembagaan berhubung kewarganegaraan, termasuk anak dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara pula, Saifuddin berkata, libat urus dengan semua pihak berkepentingan sudah selesai dan ia akan dibentangkan kepada Majlis Raja-raja (MRR) pada Oktober depan.

Jelasnya lagi, Jemaah Menteri akan melaksanakan sebarang pindaan berdasarkan perkara yang dipersetujui institusi itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya