Isu ceroboh perairan negara: Saya belum dapat laporan penuh - Saifuddin

Isu ceroboh perairan negara: Saya belum dapat laporan penuh – Saifuddin

SAIFUDDIN Nasution Ismail ketika sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan KDN, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum mendapat laporan penuh mengenai dakwaan pihak berkuasa Singapura menceroboh perairan negara dan mengancam nelayan tempatan di Johor baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sedang mendapatkan laporan itu dan akan mendedahkannya kepada media kelak.

“Saya kena tunggu laporan dahulu. Buat masa ini, saya belum dapat laporan daripada bahagian berkenaan.

“Saya akan berkongsi dengan media sejurus dapat laporan itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan nelayan di Kampung Pendas, Iskandar Puteri di Johor yang mendakwa pihak berkuasa Singapura melanggar dan merosakkan jaring mereka ketika sedang memasang jaring udang di kawasan perairan Selat Tebrau baru-baru ini.

Media sebelum ini melaporkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berang dengan tindakan agensi penguat kuasa Polis Pengawal Pantai (PCG) Singapura yang menceroboh serta memasuki perairan Malaysia, minggu lalu.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Datuk Saiful Lizan Ibrahim dilaporkan berkata, Maritim Malaysia akan membuat permohonan bantahan diplomatik supaya kejadian yang sama tidak berulang di masa hadapan.

Menurutnya, Maritim Malaysia mengakui kecewa atas tindakan bot PCG terbabit yang dilihat bertindak melampau, mengganggu serta merosakkan peralatan nelayan serta menunjukkan sikap tidak menghormati kedaulatan maritim negara jiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya