BENTONG: Penduduk Simpang Pelangai di sini kehilangan permata sekelip mata ekoran pemergian buat selama-lamanya wakil rakyat mereka, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat nahas pesawat terhempas mengorbankan 10 mangsa di Elmina, Seksyen U16 di Shah Alam, Selangor. Rata-rata penduduk ditemui menyifatkan Allahyarham pemimpin berjiwa rakyat yang lahir dari hati nuraninya berikutan layanan saksama dan tidak pilih kasih kepada semua lapisan rakyat di situ. Seorang penduduk kampung, Hayat, Anuar Mohd. Yusof,…










