PETALING JAYA: Setiausaha Agung Perikatan Nasional Hamzah Zainudin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengaitkannya dengan kes rasuah RM15 juta membabitkan seorang ahli perniagaan.
“Saya sudah berjumpa peguam saya, insya-Allah surat tuntutan akan disampaikan esok,” katanya selepas menghadiri majlis di Shah Alam malam tadi.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan apakah bentuk tuntutan yang akan dibuat. – UTUSAN










