Farid Kamil sakit, lafaz cerai mungkin berlangsung guna aplikasi Zoom - Peguam - Utusan Malaysia

Farid Kamil sakit, lafaz cerai mungkin berlangsung guna aplikasi Zoom – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Peguam Syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan prosiding lafaz cerai anak guamnya, pelakon Farid Kamil, 42, akan berlangsung hari ini secara dalam talian.

Pihaknya sudah memohon kebenaran daripada pihak mahkamah untuk meneruskan prosiding penceraian menggunakan aplikasi Google Meet memandangnya Farid berada dalam keadaan kurang sihat.

“Mahkamah membenarkan pihak kami mendapat perbicaraan secara zoom dan menyediakan proses pendengaran secara dalam panggilan.

“Anak guam saya tidak dapat hadir sebab masalah kesihatan dan difahamkan, perkara itu merupakan kesan pasca Covid-19,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas Fakhrul Azman lagi, anak guamnya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu sebentar tadi.

Terdahulu, kelibat Farid Kamil tidak kelihatan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari bagi prosiding penceraian hari ini.

Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson hadir sekitar pukul 2:20 petang ditemani peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader.

Sebelum ini, Farid disahkan dijangkiti Covid-19 pada bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya