Fadlan cuba elak bersentuhan dalam lakonan - Utusan Malaysia

Fadlan cuba elak bersentuhan dalam lakonan

Fadlan sah bergelar suami kepada Aiya Mukhamedsalova pada 16 Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fadlan Hazim, 31, memaklumkan akan cuba mengelak melakukan babak bersentuhan dengan pelakon perempuan selepas berumah tangga.

Katanya dia sedar statusnya sebagai suami orang justeru akan lebih berhati-hati ketika berlakon dengan pelakon wanita yang lain.

“Kalau boleh saya nak kurangkan (bersentuhan dalam lakonan) melainkan kalau babak membabitkan kematian dan sebagainya. Tapi kalau boleh, saya elak.

“Sebenarnya sekarang ini saya sudah cuba perlahan-lahan ke arah itu. Tapi, ia tiada paksaan dan bergantung kepada keadaan,” katanya baru-baru ini.

Fadlan pada 16 Julai lalu sah bergelar suami kepada wanita asal Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova.

Disoal tentang pandangan isterinya tentang kerjayanya sebagai pelakon, Fadlan memaklumkan Aiya memahami dan tidak menghalang dia meneruskan pekerjaan tersebut selepas berumah tangga.

“Sebelum berkahwin lagi saya sudah memberitahu dia tentang pekerjaan saya sebagai pelakon. Dia terima dan tidak pernah meletakkan sebarang had.

“Saya, sepanjang menjadi pelakon tidak pernah melakonkan sebarang adegan yang melampau batas. Jadi itu memudahkan dia untuk terima kerja saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN