SHAH ALAM: Lokasi sekitar nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16 di sini, menjadi tumpuan orang ramai sejak kedua-dua jalan di tempat kejadian dibuka orang awam, semalam. Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang cuti hari minggu bagi melihat tapak lokasi nahas terhempas. Rata-rata pengunjung mula menghampiri kawasan menempatkan bangkai pesawat peribadi sejak pukul 9 pagi semalam. Kelihatan beberapa penduduk yang beriadah di taman Elmina bersebelahan jalan ini…










